THeMIS – Dron Modular Tentera Pelbagai Guna

THeMIS – Dron Modular Tentera Pelbagai Guna

Diterbitkan pada Feb 17, 2016 oleh .

Dron digunakan oleh beberapa angkatan tentera dunia untuk melakukan tugasan yang berisiko tinggi. Bagi mengurangkan risiko kematian ianya digunakan untuk melakukan rondaan, intipan dan juga membersihkan lapangan periuk api. Kesemua dron ketenteraan yang digunakan sekarang direka hanya untuk satu tugas sahaja. Milrem, sebuah syarikat dari Estonia bekerjasama dengan SK Kinetics Singapura untuk menghasilkan dron mudular THeMIS. THeMIS ialah singkatan kepada Tracked Hybrid Modular Infantry System.

Milrem-THeMIS-1

Dron berunut ini boleh diubahsuai untuk pelbagai kegunaan. Ia boleh membawa senjata automatik, pelancar peluru berpandu anti kereta kebal, kargo, sistem radar, optik pengintipan, sistem pemusnah bom, sistem pemusnah periuk api, kapal induk dron terbang, pemadam api dan juga ambulans membawa anggota tercedera. Ia mampu membawa beban maksimum 700 Kilogram, bergerak pada kelajuan 50 kilometer sejam dan berfungsi selama 5 jam menggunakan kuasa bateri. Sistem modular boleh ubah ini mengurangkan kos pembelian pelbagai sistem dron dan memudahkan proses latihan anggota yang akan menggunakannya kelak. THeMIS masih di dalam fasa ujian dan dijangka beroperasi pada tahun 2017.

Milrem-THeMIS-2


TIPS & ULASAN