Tiga DLC Fallout 4 Diumumkan – Misi Memburu Robot, Haiwan Dan Wanita Misteri
Artikel Berkaitan

Tiga DLC Fallout 4 Diumumkan – Misi Memburu Robot, Haiwan Dan Wanita Misteri

Diterbitkan pada Feb 17, 2016 oleh .

Fallout 4 menemui peminat Oktober tahun lalu dan kami masih belum habis memainkannya kerana terdapat terlalu banyak misi utama serta sampingan yang perlu diselesaikan. Tetapi sekiranya anda di dalam golongan majoriti yang sudah puas membunuh Deathclaws, Synths, Radscorpion dan Raiders, Bathesda sudah mengumumkan tiga DLC pertama permainan popular ini. Tiga DLC pertama ini ialah Automatron, Wasteland Workshop dan Far Harbor.

Fallout-4-DLC

Tiga DLC pertama ini ialah Automatron, Wasteland Workshop dan Far Harbor. Dengan Automatron anda perlu memburu segerombolan robot pemusnah yang dihasilkan oleh The Mechanist. Dari serpihan robot-robot ini anda akan diberikan kemampuan membina robot anda sendiri untuk digunakan di Commonwealth. Wasteland Workshop pula memberikan anda kemampuan membina perangkap bagi menangkap haiwan-haiwan yang wujud di dalam dunia Fallout 4. Haiwan yang ditangkap boleh dilatih dan diarahkan melawan haiwan pemilik lain seakan-akan di dalam arena Pokemon. Akhir sekali ialah Far Harbor, sebuah pulau baru yang dipenuhi synth. Anda perlu mencari seorang wanita oleh Valentine’s Detective Agency. Banyak misteri perlu dirungkai dan musuh tahap tinggi yang boleh ditentang. Harga jualan setiap DLC Automatron ialah $9.99 dan boleh dimuat turun Mac. Wasteland Workshop pula berharga $4.99 dan boleh dimuat turun April manakala Far Harbor berharga $24.99 dan dijual Mei ini.


TIPS & ULASAN