Terdapat pelbagai penyedia perkhidmatan di Malaysia yang menawarkan sokongan menyewa kereta mengikut pengiraan hari – terutamanya di sekitar universiti. Namun, bagi anda yang hanya ingin menggunakan kereta untuk seketika dan tidak ingin mengambil perkhidmatan alternatif seperti Uber dan GrabCar, perkhidmatan GoCar mungkin membantu anda.
GoCar adalah salah satu perkhidmatan menyewa kereta yang mana pengiraannya dilakukan mengikut jam penggunaan. Menariknya, ia direka untuk arena digital, membolehkan pengguna membuat tempahan kereta melalui web, dan kemudian pergi mengambil kunci kenderaan berkenaan.
Untuk menggunakan GoCar, pengguna hanya perlu mendaftar pada perkhidmatan mereka – yang akan memerlukan pendaftaran lesen memandu, dan seterusnya membuat tempahan bilakah anda ingin menggunakan kereta dan untuk berapa lama.
Sebaik sahaja selesai, anda akan diberikan kod khusus untuk membuka kotak mengambil kunci di lokasi yang disediakan. Pengguna seterusnya boleh pergi mengambil kereta mereka dan menggunakannya, serta memulangkannya kembali ke tempat yang diambil.
GoCar kini beroperasi di tiga tempat, iaitu Cyberjaya, Bangsar dan juga Mont Kiara.
Tiga jenis kenderaan juga disediakan oleh meeka, iaitu Proton Iriz pada harga langganan bermula RM11.90 sejam, Myvi pada harga langgan RM11.90 sejam juga, dan Almera pada harga langganan bermula RM16.90 sejam.
- Layari : GoCar