Samsung Galaxy S7 Mengembalikan Sokongan Kad MikroSD

Samsung Galaxy S7 Mengembalikan Sokongan Kad MikroSD

Diterbitkan pada Feb 17, 2016 oleh .

Ketiadaan sokongan kad MikroSD pada peranti keluarga Samsung Galaxy S6 dan Note 5 mengecewakan pengguna tegar Samsung. Alasan yang diberikan oleh Samsung ialah modul muatan dalaman pantas yang digunakan pada peranti-peranti ini tidak boleh berfungsi dengan kad MikroSD. Ini membuatkan pengguna lain memilih peranti jenama bagi mendapatkan sokongan penambahan memori dalaman.

Galaxy S7 mikroSD 1

Sebuah lagi gambar Samsung Galaxy S7 tertiris hari ini dan ia menunjukkan rekaan talam SIM. Jelas sekali dari gambar ini talam kad MikroSD disertakan. Ini pastinya berita baik bagi mereka yang merindukan sokongan kad MikroSD pada peranti utama keluaran Samsung. Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Galaxy S7 dilancarkan secara rasmi. Kami akan membawakan maklumat lanjut mengenai peranti ini sebaik sahaja ia dilancarkan di Barcelona kelak.


TIPS & ULASAN