Microsoft Dijangka Mula Memperkenalkan Kemaskini Windows 10 Mobile Pada 29 Februari

Microsoft Dijangka Mula Memperkenalkan Kemaskini Windows 10 Mobile Pada 29 Februari

Diterbitkan pada Feb 17, 2016 oleh .

Kemaskini Windows 10 Mobile merupakan salah satu kemaskini yang dinantikan ramai pengguna peranti Windows Phone seluruh dunia. Pihak Microsoft telah berusaha untuk memperkenalkannya sejak daripada tahun lepas, dan kini maklumat daripada Microsoft Mexico memperlihatkan kemaskini berkenaan akan dimulakan pada 29 Februari 2016 kelak.

Windows 10 Malaysia

Kemaskini Windows 10 Mobile ini dilihat akan diperkenalkan secara berperingkat – seperti kemaskini Windows Phone sebelum ini. Peranti yang menggunakan Windows Phone 8.1 akan menerimanya – dan fungsi yang ditawarkan mungkin berbeza mengikut jenis peranti dan spesifikasi yang dibawakan olehnya.

Jikalau benar Microsoft memperkenalkan kemaskini 29 Februari kelak, maka mungkin Microsoft membuat kejutan dengan membuat pengumuman berkaitan dengannya ketika Mobile World Congress 2016 minggu hadapan.


TIPS & ULASAN