Twitter Kini Memudahkan Anda Mencari Animasi GIF Untuk Dikongsikan Pada Tweet Atau DM

Twitter Kini Memudahkan Anda Mencari Animasi GIF Untuk Dikongsikan Pada Tweet Atau DM

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Twitter hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan butang GIF yang khusus pada platform mereka, membolehkan pengguna membuat carian untuk animasi GIF untuk dikongsikan melalui Tweet mereka, atau menghantar kepada rakan-rakan melalui Direct Message.

Twitter GIF

Melalui butang khusus berkenaan, apabila ia ditekan, pengguna boleh membuat pencarian GIF ataupun melihat daripada koleksi yang dipaparkan. Untuk menjayakan perkara ini, pihak Twitter bekerjasama dengan GIPHY dan Riffsy bagi memudahkan pengguna membuat carian animasi GIF.

Butang GIF khusus ini akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat bermula hari ini.


TIPS & ULASAN