Google Menawarkan Fungsi GMail Untuk Akaun Yahoo! Mail Dan Outlook

Google Menawarkan Fungsi GMail Untuk Akaun Yahoo! Mail Dan Outlook

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan sokongan untuk pengguna menambah alamat emel daripada penyedia lain pada aplikasi GMail, sekaligus menguruskan akaun emel tersebut melalui aplikasi GMail dengan mudah. Walaupun pengenalannya menarik perhatian ramai, namun, fungsi yang ditawarkan ketika itu sangat-sangat terhad dan sekadar untuk pengguna mengakses akaun emel lagi satu tanpa perlu meninggalkan aplikasi GMail pada Android sahaja.

Terkini, Google melangkah kehadapan dan memperkenalkan sokongan Gmail untuk akaun-akaun emel pihak ketiga, iaitu Yahoo! Mail, Hotmail dan Microsoft Outlook. Melalui sokongan ini, akaun emel tersebut turut akan dapat menggunakan kelebihan akaun emel GMail.

Antara kelebihan yang dapat digunakan adalah termasuk perlindungan daripada spam, pengurusan Inbox, malah turut boleh mendapatkan ringkasan cards Google Now untuk akaun emel Yahoo atau Outlook yang ditambah pada aplikasi GMail.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi GMail pada Android, pergi ke halaman tetapan, dan pilih akaun emel (yang bukan GMail). Seterusnya, pada akaun yang dipilih, tap pada bahagian Link Account.


TIPS & ULASAN