Twitter Memperkenalkan Sokongan Perkongsian Video Ke DM

Twitter Memperkenalkan Sokongan Perkongsian Video Ke DM

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Twitter hari ini selain memperkenalkan sokongan butang GIF, mereka juga turut telah memperkenalkan kebolehan untuk para pengguna merakamkan video dan berkongsi video terus melalui Direct Message.

Twitter Video DM

Fungsi perkongsian video telah hadir ke Twitter sebelum ini, membolehkan pengguna untuk berkongsi video ringkas melalui platform berkenaan. Namun, sehingga sebelum ini, ia lebih memfokuskan kepada perkongsian video pada garis masa sahaja, dan tidak boleh dilakukan pada bahagian DM.

Pengenalan fungsi ini juga sekaligus melengkapkan pengenalan fungsi GIF yang turut boleh dihantar ke DM.

Fungsi perkongsian video ke DM ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pada aplikasi iOS dan juga Android.


TIPS & ULASAN