Xiaomi Hadir Dengan Video Promosi Pertama Untuk Mi 5 Dengan Fokus Terhadap Kepantasan

Xiaomi Hadir Dengan Video Promosi Pertama Untuk Mi 5 Dengan Fokus Terhadap Kepantasan

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, Xiaomi Mi 5 secara rasminya pada minggu hadapan, dan kini sebagai usaha mempromosi untuknya, mereka telah menerbitkan sebuah video teaser baru untuknya.

Untuk tujuan promosi berkenaan, Xiaomi menggunakan pemegang rekod dunia untuk lompatan tali skip – membuat lebih 1096 lompatan dalam masa 3 minit.

Melalui video tersebut, Xiaomi menekankan Mi5 akan memperlihatkan maksud kelajuan sebenar pada peranti. Seperti ramai sedia maklum, ia akan dijana menggunakan cip Snapdragon 820, dan berkemungkinan akan menawarkan memori yang tinggi untuk penawaran kelajuan yang pantas.

Xiaomi Mi5 sebelum ini pernah tertiris, memperlihatkan ia juga mungkin menyertakan pengimbas cap jari untuk memudahkan pengguna mengakses peranti. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya ketika pelancaran Mi5 kelak yang dijadualkan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN