Motorola Moto 360 2015 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM1399

Motorola Moto 360 2015 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Dari RM1399

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Jam tangan pintar Motorola Moto 360 edisi 2015 akhirnya dilancarkan di Malaysia. Jam tangan Android Wear ialah antara jam tangan pintar yang kami rasakan mempunyai rekaan yang menarik. Di Malaysia empat model Moto 360 dibawa masuk iaitu 42mm unisex, 42mm wanita, 46mm lelaki dan Moto 360 Sport. Keempat-empat peranti diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 400, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte. Edisi 42mm dan Sport mempunyai skrin IPS LCD sebesar 1.37″ manakala edisi 46″ mempunyai skrin sebesar 1.56″. Dari segi bateri pula edisi 42mm mempunyai bateri sebesar 300 mAh manakala edisi 46″ mempunyai bateri sebesar 400 mAh.

Motorola-Moto-360-2105-family

Pilihan warna dan gaya di Malaysia adalah terhad kerana tiada sokongan MotoMaker. Edisi 42″ hanya hadir dalam warna hitam dan emas ros. Edisi 46″ pula hanya hadir dalam warna perak manakala edisi Sport hanya hadir dalam warna hitam. Harga jualan ialah RM 1399 untuk 42″ Unisex dan Sport. Edisi wanita 42″ pula dijual pada harga RM 1499 dan akhir sekali edisi 46″ pada harga RM 1599. Kepada yang berminat jam tangan pintar ini dilengkapi pengimbas nadi, giroskop dan accelerometer. Edisi Sport berbeza sedikit kerana dilengkapi barometer.


TIPS & ULASAN