Motorola Moto X Dan Fungsi Moto Maker Akan Hadir Di Malaysia Pada Masa Hadapan

Motorola Moto X Dan Fungsi Moto Maker Akan Hadir Di Malaysia Pada Masa Hadapan

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Pada majlis pelancaran Motorola Moto 360 pagi tadi kami sempat mendapatkan beberapa maklumat mengenai produk lain Motorola. Kepada yang menantikan kehadiran peranti Moto X, Moto G dan Moto E, pihak Motorola mengesahkan mereka mempunyai perancangan untuk menjual ketiga-tiga peranti ini di Malaysia tahun ini. Walaubagaimanapun tarikh muktamad bilakah ia akan dijual tidak pula diberikan.

Motorola Moto 2015

Pada waktu yang sama mereka turut mengesahkan fungsi kustomasi peranti Moto Maker turut ada di dalam perancangan mereka untuk benua Asia Pasifik. Ianya mungkin bermula pada suku pertama 2016 ini. Ini pastinya berita yang amat dinantikan peminat peranti Motorola dan mahu menghasilkan peranti yang dikustomasi mengikut citarasa peribadi.


TIPS & ULASAN