Cari @ Amanz

Pihak Huawei Malaysia telah berkongsi berkenaan perancangan mereka untuk memperkenalkan Huawei Mate 8 di Malaysia pada awal bulan Mac, dan hari ini, mereka telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran yang dijadualkan pada 8 Mac kelak.

Huawei Mate 8 merupakan kemaskini kepada keluarga Mate 7 sebelum ini, dan dijangka berharga lebih rendah daripada Mate S. Ia bakal hadir dalam variasi 3GB RAM dan juga 4GB RAM.

Huawei Mate 8

Huawei Mate 8 menggunakan skrin bersaiz 6-inci, cip pemorosesan Kirin 950, kamera belakang 16-megapixel, 8-megapixel di depan, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Ia turut menyertakan rekaan yang premium berasaskan logam, hadir dalam empat pilihan warna berbeza, serta dilengkapi sokongan pengimbas cap jari.

Harga jualan untuk Mate 8 ini dijangka diumumkan pada tarikh tersebut, dan dijangka akan dijual beberapa hari selepasnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd