Malaysia Berminat Untuk Membangunkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Apple

Malaysia Berminat Untuk Membangunkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Apple

Diterbitkan pada Feb 18, 2016 oleh .

Apple merupakan salah satu syarikat teknologi yang terkemuka di dunia, dan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah melawat ibu pejabat Apple, dan telah membincangkan beberapa perkara di sana.

Najib Razak Apple HQ

Salah satu perkara yang dibincangkan oleh Najib Razak bersama pihak Apple adalah bidang pendidikan di Malaysia, dan pada masa yang sama meninjau peluang untuk mengusahakan satu Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Apple di rantau Asia Pasifik di Malaysia. Ia mungkin digunakan dalam mempelajari kaedah inovatif menggunakan teknologi untuk merangsang pembelajaran oleh kanak-kanak.

Pada masa yang sama, penubuhan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Aplikasi Apple juga sedang dilihat sama untuk melahirkan pembangun aplikasi tempatan.


TIPS & ULASAN