Cari @ Amanz

Kenderaan elektrik Tesla sebelum ini telah hadir ke pasaran Malaysia dengan terhad dan ditawarkan untuk digunakan oleh agensi kerajaan. Terkini, Najib Razak telah bertemu dengan pihak Tesla di ibu pejabat mereka, dan turut berpeluang untuk memandu-uji kereta elektrik terbaru mereka, Tesla X.

Tesla Najib Razak

Pada masa yang sama, Najib Razak mengatakan Tesla telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menyediakan lebih kurang 100 unit Tesla Model S di pasaran Malaysia. 100 unit kenderaan ini juga akan menerima pelepasan cukai.

Langkah ini dikatakan akan menjadikan ia sebagai salah satu usaha dalam mempromosi kenderaan elektrik di Malaysia. Seperti sebelumnya, 100 unit baru ini juga dijangka akan ditawarkan kepada agensi kerajaan dan syarikat GLC sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd