Cari @ Amanz

Apple kini dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan penawaran sedikit rendah berbanding iPhone 6S yang berada di pasaran. Desas-desus mengenainya telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, mengatakan ia bakal dikenali dengan nama iPhone 5SE.

iPhone 5SE

Mengikut laporan terbaru, Apple dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan A9 pada iPhone 4-inci mereka ini kelak. Ia seperti dimaklumkan sebelum ini, bakal membawakan rekaan seumpama iPhone 5S, tetapi pada masa yang sama membawakan beberapa ciri-ciri baru seperti sokongan pembayaran Apple Pay dan juga Live Photos.

Disamping telefon pintar, tablet iPad Air 3 baru dijangka akan turut diumumkan, dan tablet berkenaan pula dijangka akan menggunakan cip yang sama seperti pada iPad Pro, iaitu cip Apple A9X.

Apple dijangka akan memperkenalkan produk baru mereka ini pada 15 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd