Carian
Kemas Kini iOS 9.2.1 Akan Memulihkan Peranti Dengan Kod Kerosakan Error 53
February 19, 2016 Effi Saharudin

Kod kerosakan Error 53 akan muncul pada peranti iOS anda sekiranya pengguna pernah menukar sistem TouchID dari pihak ketiga. Ianya menurut Apple adalah langkah sekuriti bagi mengelakkan peranti mereka menggunakan alat ganti dicuri ataupun peranti mereka yang dicuri dijual semula. Secara dasarnya ia adalah idea yang mengetatkan keselamatan peranti tetapi akhirnya menyukarkan pengguna. Ribuan pengguna iOS merungut kerana peranti mereka terus tidak dapat digunakan selepas melakukan kemas kini perisian sebelum ini.

touch-id-2

Akibatnya Apple berhadapan dengan kes saman oleh syarikat guaman yang merasakan tindakan menyahaktifkan peranti tanpa sebarang amaran adalah salah diisi undang-undang. Apple nampaknya tidak mahu memperpanjangkan isu ini dan mengesahkan kemas kini iOS 9.2.1 akan mengembalikan peranti yang terjejas dengan Error 53 untuk kembali berfungsi. Namun selepas peranti kembali beroperasi, sistem Touch ID peranti tidak lagi boleh digunakan. Pengguna kini perlu menukar sistem Touch ID mereka dari pusat baik pulih yang bertauliah. Sekirnya peranti anda terjejas, sambungkan peranti kepada komputer menggunakan iTunes untuk memuat turun iOS 9.2.1 dengan patch terkini membuang kod pengaktifan Touch ID. Selamat mencuba.

Komen