Spesifikasi PC Untuk Need For Speed Dan Stereng Yang Disokong Diumumkan
Artikel Berkaitan

Spesifikasi PC Untuk Need For Speed Dan Stereng Yang Disokong Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2016 oleh .

Need-For-SpeedNeed for Speed ialah permain perlumbaan kereta yang telah wujud sejak 1994. Siri klasik ini terkenal dengan aksi kejar mengejar polis serta helikopter dan diminati kerana tidak terlalu realistik. Need For Speed ialah permainan terkini di dalam siri ini dan sudah mula dijual pada konsol sejak November lalu. Kini tiba giliran pengguna PC untuk memiliki permainan ini dan ianya akan mula dijual 15 Mac ini. Berikut ialah spesifikasi PC dan juga senarai stereng yang disokong setakat ini. Menurut EA spesifikasi yang disarankan ialah untuk menikmati permainan pada resolusi 1080P 60 FPS. Untuk resolusi 4K yang disokong permainan spesifkasi adalah lebih tinggi.

Spesifikasi Need For Speed
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3-4130
Pemproses Disarankan Intel Core i5-4690
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 750 Ti 2GB

AMD Radeon HD 7850 2GB

Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 970 4GB

AMD Radeon R9 290 4GB

RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan 30 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7 (64-bit) dan ke atas

 

Senarai Stereng

  1. Logitech G27
  2. Logitech G29
  3. Logitech G920
  4. Thrustmaster TX
  5. Thrustmaster T150
  6. Thrustmaster T300
  7. Thrustmaster T500
  8. Fanatec CSR

TIPS & ULASAN