Cari @ Amanz

Caterpillar ialah jenama yang sinonim dengan jentera berat yang digunakan di dalam industri pembinaan. Mereka juga sudah mula menjual telefon mudah alih sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua peranti keluaran mereka dibina untuk pekerja di dalam sektor pembinaan dan oleh itu amat tahan lasak. Mereka baru sahaja melancarkan peranti terkini mereka iaitu Caterpillar CAT S60 dan ianya adalah peranti pintar pertama dengan kamera infra merah terbina.

Caterpillah-S60-FLIR-1

S60 mempunyai skrin sebesar 7″ Gorilla Glass 4, diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Kamera infra merah yang digunakan pula dihasilkan oleh FLIR dan mampu mengesan haba dari jarak 100 kaki. Bateri sebesar 3800 mAH disertakan. Menarik sekali S60 mempunyai suis khas yang membolehkan ia berfungsi di dalam air sehingga 5 meter selama sejam. Ia turut mampu menahan hentakan jatuh dari ketinggian 1.8 meter mengikut piawaian MIL Spec 810G. Apakah keperluan kamera infra merah di tapak projek? Kamera ini mampu mengesan kebocoran gas pada paip, kebocoran pada gasket tingkap double glazing dan mengesan pendawaian elektrik yang panas akibat pemasangan yang kurang sempurna. Ia akan dilancarkan secara rasmi di MWC2016 dan dijula pada harga $599 (~RM 2510) sebuah.

Caterpillah-S60-FLIR-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd