Sokongan Pengiklanan Bakal Hadir Ke Facebook Messenger Tidak Lama Lagi

Sokongan Pengiklanan Bakal Hadir Ke Facebook Messenger Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 19, 2016 oleh .

Facebook telah mengasingkan Messenger sebagai platform tersendiri sejak daripada tahun lepas, dan pelbagai perkara baru telah hadir sejak daripadanya. Kini, melalui dokumen yang tertiris ke arena web, ia dikatakan Facebook mungkin memperkenalkan sokongan pengiklanan pada perkhidmatan permesejan mereka.

Melalui apa yang diketahui, daripada menghantar spam semata-mata, pengiklanan melalui Facebook Messenger dilihat akan lebih teratur. Sekiranya anda pernah berhubung dengan sesuatu jenama, maka jenama berkenaan kelak boleh menghantar iklan produk baru mereka pada masa akan datang kepada anda.

Facebook Messenger

Ini lebih kepada kaedah penghantaran newsletter yang lebih teratur dalam mengembalikan pelanggan berkenaan untuk membeli produk atau perkhidmatan baru.

Disamping itu, dokumen sama turut memperlihatkan sebuah pautan khusus akan disediakan untuk perniagaan bagi membolehkan akses kepada permesejan diaktifkan serta-merta apabila ia diklik.

Buat masa ini, pihak Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai dokumen tertiris ini. Memandangkan ia hadir daripada dokumen yang tertiris, kita mungkin sama ada melihat fungsi ini diperkenalkan ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN