Google Play Games Tidak Lagi Memerlukan Log Masuk Guna Google+ – Gamer ID Diperkenalkan

Google Play Games Tidak Lagi Memerlukan Log Masuk Guna Google+ – Gamer ID Diperkenalkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2016 oleh .

Google sebelum ini telah mula mengasingkan produk mereka dengan penggunaan akaun Google+ secara berperingkat. Terkini, hari ini, penggunaan akaun Google+ pada Google Play Games diasingkan, sekaligus tidak lagi memerlukan anda mempunyai akaun Google+ untuk menggunakan profil permainan pada Google Play Games.

Google GamerID

Sebagai ganti untuknya, kini Google memperkenalkan sebuah bentuk akaun baru dinamakan sebagai Gamer ID. Melalui Gamer ID, pengguna boleh membuat profil untuk permainan mereka tersendiri, memilih nama pengguna, dan juga avatar untuknya.

Pengguna turut diberikan pilihan sama ada ingin menghubungkan profil mereka kepada akaun Google ataupun sebaliknya.

Dengan pengenalan fungsi ini juga, Google mengatakan ini membolehkan para pemain menjadi diri sebenar mereka dalam arena permainan tanpa perlu berpaut dengan identiti sebenar seperti GMail dan sebagainya.

Pengenalan Gamer ID ini akan dilakukan secara berperingkat bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN