MEEM – Kabel Pengecas Yang Juga Mampu Melakukan Salinan Data Peranti

MEEM – Kabel Pengecas Yang Juga Mampu Melakukan Salinan Data Peranti

Diterbitkan pada Feb 19, 2016 oleh .

Kehilangan data peribadi adalah ketakutan yang dialami oleh pengguna komputer dan juga peranti pintar. Kami sendiri sudah beberapa kali kehilangan data peribadi kerana kerosakan yang dialami oleh cakera keras komputer dan peranti yang dicuri. Sistem operasi yang digunakan sekarang mempunyai sistem yang menyimpan kesemua data pengguna secara awanan secara automatik. Tetapi sekiranya anda terdiri di dalam golongan paranoid dan tidak mahu data peribadi disimpan oleh pihak ketiga, anda perlu melakukan salinan data secara manual. Ini mengambil masa dan memerlukan anda mempunyai sebuah komputer sepanjang masa.

MEEM-1-kabel

MEEM ialah kabel pengecas merangkap alat simpanan salinan data peribadi. Ia akan secara automatik menyimpan gambar, video, buku alamat, kalendar dan juga muzik apabila peranti dicas. MEEM hadir di dalam versi MikroUSB dan Lightning. Terdapat dua pilihan saiz simpanan iaitu 16 dan 32 Gigabyte. Ini menurut pereka adalah memadai untuk menyimpan data peribadi kebanyakan pengguna. Kabel ini dijual bermula dari $40(~RM 168) seutas.


TIPS & ULASAN