Carian
Streets Of Rage II Dan Condemned : Criminal Origins Pula Diberi Percuma Oleh Sega
February 19, 2016 Effi Saharudin

Hanya beberapa hari sahaja yang lalu kami melaporkan Sega memberi muat turun percuma untuk permainan klasik Golden Axe, Jet Set Radio dan Hell Yeah! Muat turun percuma sempena Make War Not Love mereka ini memberikan tiga lagi muat turun percuma kepada pengguna Steam. Kali ini Condemned : Criminal Origins, Streets of Rage II dan Binary Domain pula boleh dimuat turun percuma. Pilihan kali adalah jauh lebih menarik terutamanya kepada mereka yang gemarkan permainan klasik Sega Megadrive Streets of Rage II.

Sega-Make-War-2

Condemned : Criminal Origin pula terkenal dengan cara permainan yang mendebarkan. Untuk memuat turun ketiga-tiga permainan ini secara percuma, anda perlu ke laman Sega dan meminta kod Steam dari mereka. Kod akan dihantar dalam masa 24 jam selepas permintaan dilakukan. Pemberian permainan percuma seperti ini adalah antara sebab pengguna PC kerap mengatakan platform mereka adalah bangsa terpilih. Untuk memiliki permainan secara percuma pada konsol anda perlu membayar yuran tahunan. Selamat memuat turun kepada semua pengguna Steam.

Komen