Carian
Kerajaan AS Menyiasat Kemungkinan Padang Rumput Tiruan Mengakibatkan Kanser
February 19, 2016 Effi Saharudin

Kerajaan Amerika Syarikat akan memulakan siasat kemungkinan padang rumput tiruan mengakibatkan penyakit kanser. Tiga badan utama iaitu Environmental Protection Agency, Consumer Product Safety Commission dan Centers for Disease Control and Prevention akan bekerjasama melihat sama ada padang rumput tiruan selamat untuk digunakan. Padang rumput tiruan yang menggunakan crumb rubber akan disiasat setelah seorang jurulatih bola sepak wanita University of Washington mendedahkan seramai 153  individu menghidap kanser selepas menghabiskan banyak masa bermain di atas padang rumput palsu crumb rubber.

Padang-Rumput-Palsu

Crumb rubber menggantikan tanah di atas padang rumput palsu dan mengurangkan impak ke atas atlet. Ianya dihasilkan dari tayar kenderaan yang dikitar semula. Bahan kimia dari tayar yang dikitar semula ini dipercayai menyebabkan kanser. Selain digunakan pada stadium bola sepak dan ragbi Amerika, padang rumput palsi crumb rubber turut digunakan di taman-taman permainan seluruh Amerika. Ini turut mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya kanser. Seperti yang kami laporkan Rabu lalu, jumlah pesakit kanser dunia akan meningkat dua kali ganda menjelang 2030. Sungguhpun teknik menentang penyakit maut ini bertambah baik, seperti biasa menghalang adalah lebih baik dari mengubati.

Komen