Carian
(Konsep) Microsoft Surface Watch – Jam Tangan Pintar Windows 10 Mobile
February 19, 2016 Effi Saharudin

Jam tangan pintar masih lagi belum menerima sambutan besar-besaran dari pengguna seluruh dunia. Sungguhpun begitu Apple, Samsung dan Google masih terus menghasilkan peranti boleh-pakai ini kerana merasakan ianya evolusi seterusnya dalam pemintaran objek seharian. Kami telahpun mengulas Apple Watch dam Samsung Gear S2, dua jam tangan pintar yang menggunakan WatchOS dan Tizen. Kini kami dalam proses mengulas Moto 360 yang menggunakan Android Wear. Microsoft masih lagi belum menghasilkan jam tangan pintar mereka. Setakat ini hanya pengesan kecergasan Band mereka hasilkan. Jadi apakah jam tangan pintar yang terhasil sekiranya Microsoft menghasilkannya suatu hari nanti?

Surface-Watch-Concept-1

Microsoft Surface Watch ialah konsep jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Windows 10 Mobile. Ia dihasilkan oleh Seán McConnell seorang pereka yang berasal dari Dublin, Ireland. Rekaan Surface Watch banyak mengambil inspirasi dari sebuah Surface Pro. Pandangan profilnya sama dan keseluruhan tubuh jam diperbuat daripada logam. Antaramuka mengekalkan sistem jubin Windows 10 Mobile dan seperti Apple Watch, sebuah roda kawalan diletakkan pada sisi kanan jam tangan pintar ini. Selain daripada itu ia turut mempunyai pengimbas nadi. Sebuah konsep yang menarik tetapi dengan jualan peranti Windows 10 Mobile yang mengecewakan, kami rasakan Surface Watch akan hanya kekal sebagai konsep.

Surface-Watch-Concept-2  Surface-Watch-Concept-3

Komen