Kemaskini Android Marshmallow Untuk Samsung Galaxy Note 5 Bermula

Kemaskini Android Marshmallow Untuk Samsung Galaxy Note 5 Bermula

Diterbitkan pada Feb 19, 2016 oleh .

Kemas kini ke sistem operasi terkini ialah penantian yang amat menyeksakan bagi pengguna selain Nexus dan iOS. Jika anda bernasib baik kemas kini diterima dalam masa kurang enam bulan. Jika anda bernasib kurang baik ia akan diterima oleh peranti anda kerana pengeluar enggan melakukannya. Isnin lalu Samsung mengumumkan kemas kini Marshmallow untuk Galaxy S6 dan S6 Edge akan bermula minggu ini. Kini tiba giliran Galaxy Note 5 pula.

Samsung Galaxy Note 5 20151002_151044

Kemas kini Marshmallow mula muncul untuk pengguna model SM-N920C di Kemboja hari ini. Setakat ini tiada pengguna di Malaysia melaporkan menerima kemas kini. Ini mungkin kerana di Malaysia model Note 5 yang dijual ialah SM-N9208. Harus diingatkan kemas kini ke Marsmallow pada semua peranti Galaxy menerima kelewatan. Sebagai contoh Galaxy S6 dan S6 Edge sepatutnya menerima kemas kini bulan lalu. Kemas kini mungkin lewat tetapi sekurang-kurangnya sudah ada petunjuk penanti akan berakhir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN