Cari @ Amanz

LG dan Samsung seperti semua sedia maklum, menjadualkan acara pengumuman produk baru mereka pada 21 Februari ini, dimana masing-masing ingin memperkenalkan telefon pintar flagship mereka, iaitu LG G5 dan juga Galaxy S7.

Pelbagai gambar peranti Samsung Galaxy S7 telah tertiris sebelum ini, dan terkini, @evleaks turut berkongsi gambar peranti LG G5 yang memperlihatkan rekaan hadapan dan belakangnya.

LG G5

Ia membawakan sedikit perubahan pada rekaan belakang jikalau dibandingkan dengan keluarga LG G sebelum ini. Kini, ia menyertakan pengimbas cap jari, sementara butang kawalan audio diposisikan kembali ke bahagian tepi.

Pada bahagian bawah, ia dilihat menyertakan ruangan yang boleh ditanggalkan – berfungsi sebagai sebuah modul khusus.

LG akan membuat pengumuman peranti baru mereka beberapa jam sebelum Samsung pada hari Ahad ini, dan sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disimpan oleh mereka kepada pengguna seluruh dunia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd