Samsung Akan Menyiarkan Pengumuman Galaxy S7 Dalam Liputan Video 360-darjah

Samsung Akan Menyiarkan Pengumuman Galaxy S7 Dalam Liputan Video 360-darjah

Diterbitkan pada Feb 20, 2016 oleh .

Samsung seperti biasa akan menyiarkan pengumuman pelancaran Galaxy S7 mereka secara langsung melalui laman rasmi mereka, dan pada kali ini, mereka membawakan sedikit kelainan dengan membuat liputan pengumuman tersebut dalam video 360-darjah.

Samsung Galaxy 360

Melalui pengumuman video 360-darjah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna Samsung Gear VR menikmati pengumuman berkenaan dengan lebih menarik berbanding video kebiasaan yang hanya statik kepada satu lokasi sahaja.

Disamping itu, untuk pengguna tanpa Gear VR, anda boleh memilih ingin mengikuti siaran berkenaan dari sudut mana, dan melihat sendiri pengumuman Galaxy S7 dengan lebih dekat.

Samsung Galaxy S7 bakal diumumkan pada hari Ahad ini, dimana ia dijangka menyertakan beberapa sokongan baru, termasuk sokongan mikro-SD dan juga kalis air. Kami di Amanz akan membawakan liputan langsung dari acara berkenaan seperti biasa.

Layari : Samsung Unpacked 360


TIPS & ULASAN