Facebook Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Messenger

Facebook Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Messenger

Diterbitkan pada Feb 20, 2016 oleh .

Facebook Messenger telah menyertakan sokongan multi-akaun kepada sejumlah pengguna sejak daripada minggu lepas, dan hari ini, pihak Facebook secara rasminya mengumumkan sokongan tersebut.

Melalui sokongan multi-akaun, ia membolehkan lebih daripada satu pengguna menggunakan peranti yang sama untuk berinteraksi menggunakan Facebook Messenger.

Facebook Messenger

Facebook mengatakan fungsi ini sangat berguna bagi keluarga yang sering berkongsi tablet atau telefon pintar antara satu sama lain untuk kekal berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Untuk mengakses fungsi ini, pada peranti Android anda, anda hanya perlu ke halaman tetapan, dan pilih “Accounts”. Disana, anda boleh memilih untuk log masuk ke dalam beberapa akaun yang lain di peranti yang sama. Sokongan ini hadir untuk pengguna peranti Android sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN