Opera Max Kini Memberitahu Anda Berkenaan Aplikasi Yang Menggunakan Data Pada Latar

Opera Max Kini Memberitahu Anda Berkenaan Aplikasi Yang Menggunakan Data Pada Latar

Diterbitkan pada Feb 20, 2016 oleh .

Opera Max merupakan salah satu aplikasi daripada pengeluar pelayar web mudah-alih, Opera. Melaluinya, ia menawarkan kebolehan untuk pengguna menjimatkan penggunaan data mudah-alih mereka – dan menggunakannya dengan lebih efisyen.

Terkini, melalui kemaskini baru, pihak Opera menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Smart Alerts.

Melalui Smart Alerts, ia memudahkan anda menguruskan penggunaan data yang berlaku pada latar tanpa pengetahuan anda – dan akan menerima notifikasi penggunaan data oleh sesuatu aplikasi.

Opera Max

Menurut Opera, satu per tiga penggunaan data berlaku pada latar, dan antara aplikasi yang banyak menggunakan data pada latar adalah Facebook dan GMail. Memandangkan bukan semua pengguna inginkan kemaskini berkenaan pada latar, maka Smart Alerts ini ingin memudahkannya.

Smart Alerts akan mengeluarkan notifikasi apabila penggunaan data pada latar melebihi 10MB setiap minggu, dan membolehkan anda memantau aplikasi mana yang menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun Opera Max daripada Google Play Store hari ini, dan gunakannya dalam pengurusan penggunaan data mudah-alih anda.

Muat-Turun Opera Max untuk Android


TIPS & ULASAN