Cari @ Amanz

Garmin, selain merupakan jenama yang popular sebagai pemantauan lokasi dan navigasi, ia juga salah satu jenama yang tidak asing dalam peranti berkaitan kecergasan. Kini mereka telah mempamerkan kemaskini serta rekaan baru siri peranti Vivo mereka. Dua peranti Vivo yang dimaksudkan adalah gelang tangan pintar Vivofit 3 dan juga jam tangan pintar Vivoactive HR.

vivofit 3

Vivofit 3 adalah siri gelang tangan pintar terbaru, yang juga merupakan pengecasan kecergasan dilengkapi dengan paparan skrin serta kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Seperti Vivofit terdahulu, ia membawakan ketahanan bateri untuk tempoh yang lama dan dapat menentukur aktiviti kecergasan pengguna dan tahap aktiviti tersebut dilakukan. Ia hadir pada dua jenis koleksi rekaan, iaitu Style Collection dari Garmin dan rekaan dari pereka Jonathan Adler yang tampak agresif.
vivowatch HR

Vivoactive HR pula seperti akronim namanya HR yang bermaksud Heart Rate, ia menambah keupayaan untuk mengesan degupan jantung. Berbeza dengan model terdahulu, selain dari pengesan degupan jantung optikal yang telah ditambah pada jam ini, Garmin juga telah menambah pengesan altitud, keupayaan bateri GPS yang ditambah baik, keupayaan menentukur aktiviti kecergasan secara natif dan pelbagai lagi.

Gelang tangan pintar Vivofit 3 akan dijangka akan hadir ke pasaran pada suku kedua tahun ini pada harga lingkungan USD 100-120 dengan rekaan dan aksesori dijual pada harga USD 40. Vivoactive HR pula akan dijual tidak lama lagi pada harga USD 250. Buat masa ini tiada sebarang maklumat berkenaan peranti ini untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd