Google Mungkin Membuang Talam Aplikasi Pada Android N

Google Mungkin Membuang Talam Aplikasi Pada Android N

Diterbitkan pada Feb 20, 2016 oleh .

Jikalau anda melihat pada kebanyakkan variasi Android pada peranti mudah-alih dari China, mereka tidak menyertakan talam aplikasi, dan semua aplikasi yang terpasang dipaparkan pada skrin hadapan. Perkara sama mungkin diimplementasikan oleh Google pada Android N kelak.

Ia dilaporkan, melalui versi ujian yang sedang dibangunkan oleh Google untuk Android N, mereka telah mencuba dengan membuang talam aplikasi padanya. Memandangakan ia masih pada peringkat pembangunan awal, pelbagai perkara boleh berubah pada versi akhir kelak.

Pada Android 6.0 Marshmallow sendiri, Google telah hadir dengan sedikit perubahan pada talam aplikasi, dimana pada bahagian paling atas, ia memaparkan aplikasi yang sering digunakan mengikut waktu dan lokasi – selain talam aplikasi yang ditatal ke bawah berbanding ke tepi sebelum ini.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan lagi – dan mungkin hasil akhir hanya diketahui selepas ia melalui pelbagai fasa ujian pembangunan dan percubaan pengguna terlebih dahulu.

Bagi anda, adakah talam aplikasi sesuatu yang penting, ataupun anda selesa tanpanya?


TIPS & ULASAN