Google Akan Berhenti Memaparkan Iklan Pada Bahagian Kanan Keputusan Carian Di Desktop

Google Akan Berhenti Memaparkan Iklan Pada Bahagian Kanan Keputusan Carian Di Desktop

Diterbitkan pada Feb 21, 2016 oleh .

Google LogoGoogle sedia terkenal dengan penawaran iklan mereka pada enjin carian – dimana setiap hasil carian memaparkan iklan pada bahagian atas, kanan dan pada bahagian bawah. Terkini, Google dilihat sedang membuat perubahan bentuk paparan iklan, dan akan membuang paparan iklan pada bahagian kanan laman mereka pada desktop.

Perubahan ini mungkin telah dijangka sejumlah pengguna, memandangkan pihak Google sendiri telah mula memaparkan info dalam bentuk cards pada bahagian kanan laman berkenaan, sekaligus mengurangkan paparan iklan pada bahagian kanan.

Google turut mengatakan mereka akan menggantikan ia dengan paparan iklan pada bahagian atas , dan akan terus melakukan perubahan dalam memberikan nilai yang baik kepada pengiklan, tanpa menganggu pengalaman penggunaan enjin carian mereka.


TIPS & ULASAN