Tiada Lagi Alcatel OneTouch – Kini Hanya Dipanggil Alcatel, Logo Baru Diperkenalkan

Tiada Lagi Alcatel OneTouch – Kini Hanya Dipanggil Alcatel, Logo Baru Diperkenalkan

Diterbitkan pada Feb 21, 2016 oleh .

Alcatel OneTouch merupakan salah satu jenama milik TCL Communication, dan pelbagai peranti dibawah jenama berkenaan telah diperkenalkan sehingga kini. Namun, nama yang sedikit panjang berkenaan mungkin tidak diminati ramai, atau mungkin menyukarkan pengguna untuk mengingatinya. Disebabkan oleh itu, kini mereka mengumumkan penjenamaan semula kepada nama Alcatel.

Alcatel

Alcatel dilihat memilih penjenamaan semula dan pengenalan logo baru mereka hari ini, memandangkan pegangan pasaran mereka semakin meningkat, dan mereka ingin lebih dikenali dikalangan pengguna melalui produk-produk mereka.

Alcatel mengatakan kini mereka lebih menyasarkan pengguna muda, dan menawarkan pelbagai fungsi khusus untuk pengguna muda, termasuk dari segi perisian terbina dan juga penawaran peranti mereka.

Bersama-sama pengumuman penjenamaan baru, Alcatel turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk baru mereka di Mobile World Congress 2016 yang berlangsung bermula hari ini.


TIPS & ULASAN