Alcatel Memperkenalkan Komputer Dua-Dalam-Satu Menggunakan Windows 10

Alcatel Memperkenalkan Komputer Dua-Dalam-Satu Menggunakan Windows 10

Diterbitkan pada Feb 21, 2016 oleh .

Komputer 2-dalam-1 yang mana hadir sebagai tablet, dan boleh dihubungkan kepada papan kekunci untuk menjadi komputer riba telah menjadi salah satu trend popular dikalangan pengeluar komputer dan peranti mudah-alih seluruh dunia. Alcatel turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan produk mereka tersendiri dinamakan Alcatel Plus 10.

Alcatel Plus 10

Alcatel Plus 10 dijana menggunakan Windows 10, dikuasakan oleh cip intel Atom Z8350, memori 2GB RAM dan ruangan storan 32GB. Dengan skrin 10.1-inci ini, pengguna boleh menggunakanya sebagai hanya sebuah tablet biasa berasaskan Windows, atau menghubungkan ia kepada papan kekunci dan menggunakannya sebagai komputer riba.

Menariknya mengenai papan kekunci tersebut juga adalah penyertaan bateri tambahan, selain membolehkan pengguna menyertakan sokongan LTE dengan memasukkan kad-SIM pada papan kekunci berkenaan.

Tiada harga yang diumumkan buat masa ini, dan Alcatel dijangka menawarkannya di beberapa negara bermula bulan Jun kelak.

Alcatel Plus 10


TIPS & ULASAN