Cari @ Amanz

Dua hari yang lalu kami menemui gambar viral yang mengatakan anda tidak perlu risau sekiranya lampu minyak kereta anda menyala. Mengurut gambar viral tersebut kereta masih boleh dipandu sehingga 40 kilometer sebelum benar-benar kehabisan minyak. Ia turut mengatakan lampu E yang muncul bukan bermaksud “empty” tetapi “enough”. Sejauh manakah kebenaran gambar viral ini?

Nampaknya selepas melakukan beberapa carian, apa yang disebarkan ini adalah fakta. Kenderaan anda masih boleh dipandu sejauh 40 kilometer selepas lampu minyak mula menyala. Tetapi tahukah anda ada sebuah laman yang merekodkan jauh minimum, purata dan maksimum yang boleh dipandu selepas lampu ini menyala? Tank on Empty sudah wujud sejak 2007 dan mempunyai pangkalan data beberapa kenderaan popular di dunia. Sekiranya anda ingin mengetahui berapa jauh kenderaan milik anda boleh dipandu selepas lampu menyala ini ialah laman untuk anda.

Tank-of-Empty

Berita buruk ialah ianya laman yang beroperasi dari Amerika Syarikat dan senarai kenderaan tempatan seperti Proton dan MyVi tidak disertakan. Pada waktu yang sama harus diingatkan memandu kenderaan selepas lampu “E” menyala adalah berbahaya. Pam minyak kenderaan menggunakan pam elektrik yang disejukkan oleh minyak di dalam tangki. Apabila mencapai tahap rendah,minyak di dalam tangki tidak akan mencukupi untuk menyejukkan pam dan ia mungkin akan mengalami kerosakan. Di akhir hari ya anda masih boleh memandu sejauh 40 kilometer lagi tetapi pam minyak akan rosak jika ini dilakukan dengan selalu. Isilah minyak anda sehingga penuh kerana harga minyak sekarang di tahap yang murah.

  • Info
  • Tank on Empty – Ketahui Jarak Yang Boleh Dipandu Selepas Lampu Minyak Menyala
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd