Cari @ Amanz

Kasta kualiti grafik permainan komputer adalah seperti berikut. PC di atas diikuti oleh konsol dan akhir sekali ialah pada peranti pintar. Ini adalah kerana kuasa memproses ketiga-tiga peranti ini adalah berbeza. Pemilik PC boleh menambah baik komponen PC dengan mudah sekiranya mempunyai dana yang mencukupi. Komponen baru yang lebih berkuasa (dan mahal) akan dihasilkan setiap beberapa bulan. Kualiti grafik permainan konsol pula terhad kerana komponen yang tidak boleh ditambah baik setiap beberapa bulan. Mereka bergantung kepada kemampuan pembangun permainan untuk mencari jalan menjadikan grafik kelihatan baik.

Konsol-Peranti

Peranti pintar adalah unik. Komponen dalaman sentiasa dikemas kini dengan setiap peranti baru yang dikeluarkan. Yang menghadkan peranti pintar ialah sekatan saiz peranti yang boleh dihasilkan. Nizar Romdan, pengarah syarikat ARM dipetik berkata oleh sebab itu kualiti grafik pada peranti pintar menjadi setanding dengan konsol PlayStation 4 dan Xbox One seawal 2017. Ini akan membuatkan peranti pintar menjadi platform pilihan untuk permainan VR berbanding konsol dan PC kerana harga jualan peranti yang lebih mampu milik. Kami bersetuju dengan ramalan Nizar Romdan. Kemampuan pemproses Snapdragon 820 adalah dua kali ganda lebih baik berbanding Snapdragon 810. Kualito grafik pada beberapa aplikasi permainan sejak kebelakangan ini jelas lebih baik dari majoriti permainan PlayStation 3. Tidak seperti konsol dan PC, aplikasi permainan mobil juga lebih mudah dimainkan bila-bila masa tanpa perlu memasangnya pada televisyen ataupun skrin komputer. Jangan terkejut sekiranya PlayStaion 6 dan Xbox Three adalah peranti pintar dan bukannya konsol yang perlu disambung kepada TV. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd