Cari @ Amanz

Gimik terkini panggung wayang di Malaysia ialah pengenalan kerusi DBox. Kerusi wayang ini akan bergerak dan bergegar mengikut aksi yang dipaparkan di layar perak. Hanya beberapa panggung wayang tempatan menyokong fungsi ini dan harga tiket yang dikenakan juga lebih premium. Sekiranya anda mahu menikmati pengalaman menonton filem secara 4D akan kini boleh melakukannya menerusi Immersit.

Immersit

Immersit ialah alat yang akan menggerakkan serta menggegarkan sofa ruang tamu anda apabila ia diletakkan di bawahnya. Empat tapak Immersit diletakkan pada empat bucu sofa dan menghasilkan pergerakan berdasarkan apa yang terpapar pada skrin. Ia turut boleh digunakan dengan konsol PlayStation dan Xbox bagi membolehkan pemain merasa apa yang dilihat. Tambahan lagi ia turut menyokong sistem kaca mata realiti maya Oculus Rift. Menurut pereka Immersit, setakat ini lebih dari 100 filem dan permainan komputer boleh digunakan dengan Immersit. Harga jualan satu set Immersit ialah €649 (RM3070).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd