Bersama-sama pengenalan telefon pintar LG G5
yang baru, pihak LG turut mengambil peluang untuk memperkenalkan salah satu aksesori mereka untuk LG G5, iaitu sebuah set realiti-maya. Dinamakan sebagai LG 360 VR, ia beroperasi bersama-sama LG G5 sahaja, dan diubungkan menggunakan port USB Type-C.
LG mengatakan dengan menggunakan LG 360 VR, ia menawarkan pengalaman penggunaan seumpama menonton TV 130-inci daripada jarak dua meter.
Berbeza dengan rekaan set realiti-maya lain di pasaran, LG 360 VR hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza – dimana ia lebih kecil dan tidak memerlukan telefon pintar dipasang padanya. Ia beroperasi dengan menghubungkan telefon pintar melalui kabel, dan ia beroperasi melalui skrin terbina pada peranti berkenaan. LG 360 VR turut boleh dilipat untuk dibawa ke mana-mana dengan mudah.
LG turut mengatakan LG 360 VR boleh digunakan bersama-sama pelbagai kandungan Google Cardboard di pasaran.
Memandangkan ia boleh digunakan bersama-sama LG G5 sahaja, maka mungkin kita akan melihat LG memasarkannya di beberapa pasaran terpilih bersama-sama telefon pintar terbaru mereka.