LG 360 Cam – Kamera Yang Boleh Merakamkan Gambar Dan Video Dari Semua Sudut
Artikel Berkaitan
LG

LG 360 Cam – Kamera Yang Boleh Merakamkan Gambar Dan Video Dari Semua Sudut

Diterbitkan pada Feb 21, 2016 oleh .

Kamera 360-darjah telah menjadi salah satu trend akhir-akhir ini, apatah lagi dengan peningkatan penawaran set realiti-maya, serta sokongan yang hadir terbina pada YouTube dan Facebook. LG hari ini turut mengambil pentas utama dalam memperkenalkan kamera 360-darjah mereka tersendiri dinamakan LG 360 Cam.

LG 360 Cam membolehkan pengguna merakamkan gambar 360-darjah dengan mudah, dan ia turut menawarkan sokongan rakaman gambar pada resolusi sehingga 2K – selain pada masa yang sama turut digunakan untuk merakamkan audio 5.1 surround sound menggunakannya.

LG 360 Cam

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dua kamera 13-megapixel dengan rakaman luas 200-darjah, bateri berkapasiti 1200mAh, dan memori terbina 4GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

LG turut bekerjasama dengan Google, dimana gambar yang dirakamkan boleh turut dimuat-naik terus ke Google Street View untuk dikongsi bersama dengan yang lain.

Buat masa ini, pihak LG tidak berkongsi mengenai tarikh penawaran dan harga jualannya.


TIPS & ULASAN