ZTE Memperkenalkan SPRO Plus – Tablet 8.4-inci Yang Turut Merupakan Sebuah Projektor
ZTE

ZTE Memperkenalkan SPRO Plus – Tablet 8.4-inci Yang Turut Merupakan Sebuah Projektor

Diterbitkan pada Feb 21, 2016 oleh .

ZTE hari ini pada acara Mobile World Congress telah memperkenalkan produk baru mereka dinamakan Spro Plus – yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga Spro 2 pada tahun lepas. Spro Plus merupakan sebuah peranti dengan skrin bersaiz 8.4-inci, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan projektor terbina padanya.

Spro Plus menggunakan sistem operasi Android, dan skrin 8.4-inci padanya menawarkan paparan pada resolusi 2K. Dengan saiz yang sedikit tebal, ia membolehkan Spro Plus menyertakan bateri berkapasiti sehingga 12100mAh.

ZTE Spro Plus

Melalui projektor terbina, pengguna boleh dengan mudah menyiarkan gambar atau video dari projektor berkenaan ke dinding, dan membuat sesuatu tugasan dengan lebih efisyen atau digunakan untuk tujuan multimedia. Peranti ini juga turut boleh digunakan untuk penggunaan panggilan video berkumpulan dalam perusahaan.

Melengkapkan tablet ini juga adalah sokongan audio daripada JBL Audio.

Spro Plus dijangka akan mula dijual dalam masa beberapa bulan lagi. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN