Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy S7. Dua variasi diperkenalkan, iaitu Galaxy S7 dengan skrin biasa, dan Galaxy S7 Edge dengan bahagian tepi melengkung dengan beberapa ciri-ciri tambahan.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin bersaiz 5.1-inci, dijana menggunakan memori 4GB RAM, bateri berkapasiti 3000mAh, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 200GB. Samsung turut menggunakan kamera 12-megapixel dengan lensa f/1.7 pada bahagian belakang, serta kamera 5-megapixel dengan lensa f/1.7 pada bahagian hadapan.

Samsung Galaxy S7

Melalui Galaxy S7, pihak Samsung turut menyertakan beberapa ciri baru yang lebih dioptimasikan untuk permainan, dan untuk penyejukan, ia menyertakan Thermal Spreading – iaitu penyejukan cip pemprosesan berasaskan kepada air. Samsung turut menyertakan fungsi Always on Display yang memaparkan informasi seperti notifikasi dan masa sepanjang masa pada skrin.

Galaxy S7 Edge pula hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan menawarkan bateri berkapasiti 3600mAh. Spesifikasi lain adalah serupa, tetapi pihak Samsung menyertakan Edge UX yang ditambah-baik dan menawarkan lebih kandungan dengan menatal di bahagian tepi peranti berkenaan.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Mac atau April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd