Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah melancarkan Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge secara rasminya, dan pada masa yang sama, pihak Samsung Malaysia kini mengatakan kedua-dua peranti berkenaan bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya pada 18 Mac 2016 kelak.

Sebelum tarikh tersebut, pihak Samsung akan memulakan pra-tempahan untuknya daripada 7 Mac sehingga 11 Mac melalui laman rasmi mereka.

Samsung Galaxy S7

Samsung Galaxy S7
Skrin 5.1″ (2560×1440)
Pemproses Lapan Teras (2.3Ghz + 1.6GHz)
atau
Empat-Teras (2.15GHz + 1.5GHz)
Memori 4 GB RAM
Muatan Dalaman 32GB/64GB + MikroSD
Kamera Utama 12 Megapixel f/1.7 OIS
Kamera Depan 5 Megapixel f/1.7
Bateri 3000mAh
SIM/Telefoni Nano-SIM / 4G
Berat 152g
Sistem Android 6.0. Marshmallow

Samsung Galaxy S7 merupakan telefon pintar terkini daripada Samsung, hadir dengan sokongan kalis air, menyertakan kebolehan penyejukan cip berasaskan air, dan sokongan pemfokusan kamera yang sangat pantas. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan menawarkan ciri khusus untuk permainan.

Galaxy S7 Edge pula variasi peranti berkenaan dengan skrin sedikit besar – iaitu 5.5-inci, dan bateri berkapasiti 3600mAh. Galaxy S7 Edge menawarkan ciri tambahan berupa Edge UX yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi, tugasan, berita, dan info pantas dengan menatal daripada bahagian tepi skrin.

Samsung tidak mengumumkan apakah penawaran khusus untuk pra-tempahan yang akan diberikan oleh mereka. Beberapa negara menerima Gear VR secara percuma untuk pra-tempahan dan ia masih menjadi misteri berkenaan penawaran tersebut untuk pasaran tempatan.

Harga jualannya juga masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd