Cari @ Amanz

Dengan pelbagai syarikat membuat pengumuman bersempena dengan Mobile World Congress, pihak HTC turut tidak ingin ketinggalan, dan telah memperkenalkan telefon pintar mereka yang terkini, iaitu HTC One X9.

Untuk makluman, peranti ini telah diumumkan untuk pasaran China pada penghujung 2015 yang lepas, dan terkini ia diumumkan untuk pasaran global.

HTC One X9

HTC One X9 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Mediatek Helio X1, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan HTC BoomSound.

HTC menyasarkan untuk memasarkannya di beberapa rantau, termasuk sekitar Asia. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak HTC akan membawanya masuk ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya. Jika ya, maka salah satu perkara yang akan menjadi fokus ramai pengguna sebelum mendapatkannya adalah harga jualannya – apatah lagi dengan pelbagai peranti berspesifikasi pertengahan yang hadir dengan rekaan logam seumpama One X9 ini.

HTC One X9

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd