HP Elite X3 Diperkenalkan – Telefon Windows 10 Yang Turut Boleh Berubah Menjadi Desktop

HP Elite X3 Diperkenalkan – Telefon Windows 10 Yang Turut Boleh Berubah Menjadi Desktop

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Sokongan Continuum pada telefon pintar bukan sesuatu yang baru, dimana pihak Microsoft dan Acer telah memperkenalkannya sebelum ini. Kini, HP yang sering menawarkan pelbagai variasi produk berasaskan Windows tidak ingin ketinggalan, dan telah memperkenalkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi, dinamakan sebagai HP Elite X3.

HP Elite x3

HP Elite X3 ini hadir dengan skrin bersaiz 5.96-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM, kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan dijana menggunakan bateri berkapasiti 4150mAh.

Di atas kertas, boleh dikatakan HP Elite X3 ini menawarkan kuasa pemprosesan yang sangat tinggi. Pada peranti Windows 10, ini diperlukan sekiranya pengguna ingin menghubungkan ia melalui sebuah dock khusus untuk mengubah ia menjadi desktop.

Bukan setakat itu sahaja, pihak HP turut menyertakan ciri-ciri tambahan, termasuk pertama kalinya menawarkan sokongan pengimbasan cap jari pada peranti Windows 10 Mobile.

Dengan penggunaan sistem operasi Windows 10, pihak HP dilihat ingin lebih menyasarkan peranti ini kepada pengguna perusahaan – dan akan hadir dengan beberapa aplikasi khusus untuknya, seperti Salesforce dan lain-lain.

Harga jualan untuk HP Elite x3 ini masih tidak diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN