Perang peranti Android terbaik tahun 2016 bermula semalam dengan pelancaran LG G5 dan Samsung Galaxy S7. Kedua-dua peranti menggunakan cip pemproses generasi terkini Snapdragon 820 ataupun Exynos 8890. Seperti biasa apabila peranti baru muncul di pasaran ramai yang tertanya-tanya yang manakah lebih berbaloi untuk dimiliki? LG G5 mempunyai modul boleh luncur yang menambah kemampuan peranti. Samsung Galaxy S7 pula mempunyai kamera Dwi-Pixel 12 Megapixel f/1.7. Mari lihat perbandingan dua peranti ini dengan Huawei Mate 8, peranti utama Huawei yang diperkasakan pemproses Kirin 950 yang terpantas di carta penanda aras buat masa ini.
Perbandingan LG G5, Samsung Galaxy S7 & Huawei Mate 8
Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh Effi Saharudin.