Cari @ Amanz

Sering kali bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar baru, pihak Samsung turut akan memperlihatkan beberapa aksesori khusus untuknya. Hari ini, bersama-sama pengenalan Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge, pihak Samsung mengambil peluang untuk turut memperlihatkan lensa kamera mereka dinamakan sebagai Lens Cover.

Dua variasi Lens Cover telah dipertontonkan, iaitu Wide Angle Lens dan juga Telephoto Lens.

Samsung Lens Cover

Samsung Lens Cover

Lensa Wide Angle Lens menambah kesan khas tambahan seumpama mata ikan, sekaligus membolehkan rakaman gambar yang lebih luas dilakukan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memasang ia pada sebuah kerangka khusus – dimana ia dipasang seumpama sebuah skru – lensa perlu diputarkan sehingga ia menjadi ketat.

Sebaik sahaja dipasang, ia terus beroperasi pada aplikasi kamera sedia ada, menawarkan kebolehan untuk merakamkan sesuatu lokasi dengan lebih luas berbanding kamera biasa.

Samsung Lens Cover

Samsung Lens Cover

Disamping itu, satu lagi lensa yang dipertontonkan adalah Telephoto Lens, yang mana menawarkan kebolehan untuk zoom sehingga 8 kali. Lensa ini mungkin sesuai sekiranya anda sering ingin zoom ke sesuatu lokasi ketika merakamkan gambar dan mengekalkan hasil rakaman yang baik melaluinya.

Samsung Lens Cover

Samsung Lens Cover

Harga jualan dan tarikh penawaran untuk kedua-dua lensa ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd