HTC Mengumumkan Desire 825, 630 & 530 – Tiga Peranti Kelas Permulaan
HTC

HTC Mengumumkan Desire 825, 630 & 530 – Tiga Peranti Kelas Permulaan

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Sedang Samsung dan LG berkejar-kejar melancarkan peranti utama dengan spesifikasi tinggi, HTC melancarkan tiga peranti kelas permulaan di MWC2016. Desire 825, 630 dan 530 ialah peranti yang diperkasakan pemproses Snapdragon 400 dan 210. Kita mulakan dengan spesifikasi Desire 825. Peranti ini mempunyai skrin 5.5″ SLCD3 720P, diperkasakan pemproses 1.6 GHz empat teras Snapdragon 400, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri pula sebesar 2700 mAh.

HTC-Desire-825-1

Desire 630 ialah peranti dengan skrin 5″ SLCD3 720P, pemproses 1.6GHz empat teras Snapdragon 400, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri pula sebesar 2200 mAh. Jadi bolehlah disimpulkan Desire 630 ialah Desire 825 dengan saiz skrin yang lebih kecil.

HTC-desire-630

Akhir sekali ialah Desire 530 dengan skrin 5″ SLCD3 720P, pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 210, RAM sebesar 1.5 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri sama seperti 630 iaitu sebesar 2200 mAh.

HTC-desire-530

Ketiga-tiga peranti mempunyai sistem audio stereo BoomSound pada bahagian hadapan serta menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Dari segi pilihan warna Desire 825 dan 630 mempunyai rekaan dengan percikan warna pada panel belakang yang kelihatan seperti lukisan grafitti jalanan. Desire 530 hanya akan hadir dalam warna Graphite Grey dan Stratus White. Tiada maklumat tentang harga tetapi ia akan mula ditawarkan pada pasaran tertentu bermula Mac 2016.

 


TIPS & ULASAN