Cari @ Amanz

Dua lagi peranti dilancarkan sebentar tadi dan kali ini tiba giliran ZTE. ZTE Blade V7 dan V7 Lite ialah dua peranti kelas pertengahan yang mempunyai tubuh yang diperbuat sepenuhnya daripada logam. ZTE Blade V7 mempunyai skrin sebesar 5.2″ HD Penuh, diperkasakan pemproses lapan teras 1.3 GHz MediaTek MT6753, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Peranti ini turut dilengkapi bateri sebesar 2500 mAh.

ZTE-Blade-V7-1ZTE Blade V7 Lite pula mempunyai skrin lebih kecil 5″ 720P, diperkasakan pemproses empat teras MediaTek MTK6735P, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera hadapan dan belakang kedua-duanya sebesar 8 Megapixel. Menarik sekali walaupun mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding Blade V7, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakangnya.Maklumat mengenai bateri pula masih belum diketahui. Kedua-dua Blade V7 dan V7 Lite menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

ZTE-Blade-V7-Lite-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd