Huawei Matebook Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Suku Ketiga 2016

Huawei Matebook Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Suku Ketiga 2016

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Huawei telah melancarkan Huawei Matebook semalam, sekaligus memperlihatkan penyertaan mereka dalam penawaran peranti Windows 10 dua-dalam-satu yang beroperasi sebagai tablet, mahupun sebagai komputer riba.

Huawei Matebook

Huawei Matebook hadir dengan skrin 12-inci, cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6, dan hadir dalam variasi Intel Core m3, m5, dan juga m7. Ia menggunakan sistem operasi Windows 10, dan menawarkan penggunaan papan kekunci yang boleh dihubungkan atau ditanggalkan. Peranti dua-dalam-satu ini turut hadir dengan memori 4GB RAM dan 8GB RAM, selain storan bermula 128GB. Sebuah stylus turut disediakan, dinamakan sebagai MatePen untuk memudahkan lakaran.

Huawei akan mula menjual Huawei Matebook di pasaran Eropah bermula Jun 2016 kelak. Untuk pasaran Malaysia, Huawei mengatakan ia akan mula dipasarkan sekitar suku ketiga 2016 ini. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi mengikut harga tukaran semasa, ia dijangka melangkaui RM3700.


TIPS & ULASAN