Samsung bersama-sama dengan pengenalan Galaxy S7, turut memperlihatkan beberapa aksesori mereka, dan salah satu yang diperlihatkan mereka adalah gelang tangan pintar yang dinamakan sebagai Charm.
Gelang tangan ini hadir dalam dua variasi rekaan, satu dengan kepala berbentuk segi empat-sama, dan satu lagi dengan rekaan segi empat tepat.
Spesifikasi penuh untuknya masih tidak dikongsikan, dan ia dikatakan dihubungkan ke peranti berasaskan kepada Bluetooth.
Versi yang berbentuk segi empat sama hanya menawarkan sokongan membolehkan pengguna menerima notifikasi, dan ia akan menghasilkan gegaran melaluinya.
Sementara versi berbentuk segi empat tepat pula turut menawarkan sokongan untuk memantau gerakan dan mengira langkah perjalanan.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkan peranti ini secara rasminya, dan mereka masih tidak berkongsi pelbagai info berkaitan dengannya.